Selamat datang ke Laman Ediramle

Dunia Ediramle Ismail adalah dunia yang sederhana. Dunia yang hanya di sekitar kampung Laman Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Menyertai aktiviti yang berkisar sekitar Sastera, ICT dan Kemasyarakatan

ini bukanlah sebuah blog , tapi adalah sebuah laman kehidupan Ediramle

Berita Semasa

Hidup perlu ada matlamat dan matlamat itu perlu jelas. Tanpa matlamat yang jelas hidup tidak dapat menuju ke arahnya sasarannya dengan be , seperti berjalan dalam gelap tanpa tujuan. Aku baru memulakan pengisian ke arah mencapai matlamat bermula Julai 2008 dan matlamat jangka pendek yang tertulis ini berakhir Julai 2009.

Langkah ke arah matlamat itu bukanlah satu langkah yang begitu mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang sangat payah. Oleh itu langkah berdisplin dan berkerja mengikut jadual adalah perlu. Jadual kehidupan seharianku telah ditampal di mana-mana sahaja, di ingatan, di hati dan di dinding berhampiran tempat perbaringanku. Aku harap kali ini ia akan menjadi dan ini membuktikan aku pernah hidup di dunia ini.